Monday, October 18, 2010

Sejati UTM.....

Sejati lahirkan pemimpin mahasiswa unggul

13 OCTOBER 2010 , BY UTUSAN MALAYSIA

Bagi melahirkan barisan pemimpin anak Johor yang mampu menjadi peneraju dalam setiap aspek serta berketerampilan tinggi, Sekretariat Anak Johor (Sejati) ditubuhkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Penubuhan Sejati diumumkan Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran, Syahrin Md. Jamaludin sempena Jamuan Hari Raya di UTM, Skudai, baru-baru ini.

Beliau berkata, Sejati berperanan membantu menyalurkan maklumat atau pengetahuan mengenai negeri ini kepada penuntut UTM yang berasal dari negeri lain.

"Untuk itu, ahli-ahlinya perlu memiliki pengetahuan asas mengenai negeri ini bagi memudahkan penuntut dari luar negeri mengenali negeri ini dengan lebih dekat.

"Dengan moto Bersatu, Bertenaga dan Berketerampilan, Sejati membawa visi untuk diiktiraf sebagai badan yang melahirkan pemimpin mahasiswa yang unggul serta holistik di kalangan anak Johor," katanya.

Menurutnya, penubuhan Sejati juga untuk menjaga kebajikan anak Johor yang menuntut di UTM, menyatupadukan mereka dan menerapkan kemahiran tambahan untuk menjadi graduan yang berkualiti.

Syahrin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau menggalakkan ahli Sejati terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti jasmani, rohani, intelek dan sosial.

"Mahasiswa perlu meningkatkan aktiviti kemasyarakatan yang berteraskan jasmani, rohani, intelek dan sosial dalam melahirkan individu berkualiti," katanya.

da 12 majlis tertinggi of SEJATI wif MB JOhor and Adun2....
da hot gurls exco....



No comments: