3H2M GUNUNG STONG, DABONG KELANTAN 3 JUN-5 JUN 2011
Itinerary
2 Jun 2011 ( Khamis )
7.30 malam - Berkumpul di KL Central.
8.30 mlm - Menaiki keretapi Senandung Wau menuju ke Dabong Kelantan. Perjalanan mengambil masa hampir 11 jam. Koc yang disediakan ialah Koc Tidur.
3 Jun 2011 ( Jumaat )
7.00 pagi - Dijangka tiba di kampong Dabong, Kelantan. Kita akan bersarapan di salah satu kedai
makan di kampong ini. Perbelanjaan untuk sarapan pagi ditanggung sendiri.
8.30 pagi - Perjalanan bermula menuju ke kaki gunung. Dalam perjalanan tersebut, kita akan
berhenti untuk menjelajah 2 buah Gua. Anda tidak perlu membawa beg anda tetapi
perlu membawa minuman.
12.00 tengahari - Kita akan berada di Kaki Gunung Stong. Memandangkan kita berada di sini, guide akan
membawa kaum Adam untuk bersama sama sembahyang JUMAAT di Masjid
berdekatan.
2.30 petang - Kita akan memulakan pendakian ke Kem Baha yang akan mengambil masa lebih kurang
3-4 jam perjalanan bergantung kepada kekuatan anda. InsyaAllah, kita akan tiba di Kem
Baha selewatnya jam 7.00 malam. Makan tengahari akan disediakan secara pek lunch.
Kita akan makan tengahari di Air Terjun Jelawang iaitu air terjun tertinggi di Asia
Tenggara
7.00 malam - Bersama sama memasang khemah,Fly bagi lelaki dan kaum wanita akan membantu
untuk penyediaan makan malam. Anda juga boleh menikmati sunset pada waktu ini.
10.00 mlm - Kepada yang ingin tidur, bolehlah tidur…zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
4 Jun 2011 ( Sabtu )
7.00 pagi - Kepada yang ingin melihat Sunrise, bolehlah bangun awal. Persediaan makan pagi akan
disediakan. Kepada yang ingin mendaki ke Puncak Gunung Stong perlu bersedia untuk
pendakian tersebut. Perjalanan yang akan memakan masa lebih kurang 4 jam akan
bermula jam 8.00 pagi. Kepada yang mahu tinggal di kem baha, anda akan berada
guide ke2 dimana makan dan minum anda akan disediakan. Kepada yang kepuncak
akan membawa makanan dan minuman kerana kita akan makan tengahari dipuncak.
8.00 pagi - Mula mendaki ke Puncak Gunung Stong.
12.00 tengahari - Dijangka tiba di Puncak Gunung Stong. Kita akan makan tengahari disini. Berehat dan
menikmati pemandangan dari Puncak sambil bergambar.
2.00 petang - Kita akan mula turun dari Gunung.
6.00 petang - Dijangka tiba di Kem Baha.
8.00 malam - Makan malam
10.00 malam - ZzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZ
5 Jun 2011 ( Ahad )
7.00 pagi - Makan pagi.
8.00 pagi - Masa untuk mandi manda. Kita akan menjelajah beberapa kawasan yang akan dibawa
oleh guide antaranya Telaga Tujuh dan lain lain tempat.
12.00 tengahari - Pulang ke Kem Baha untuk makan tengahari.
2.30 petang - Berkemas untuk turun ke kaki gunung untuk pulang.
6.00 petang - Dijangka tiba di kaki Gunung…penat?? Hahaha..tu baru mendaki gunung namanya.
Mandi dulu disini dan kita akan bersiap untuk ke stesen keretapi Dabong.
7.45 malam - Kita akan berhenti makan terlebih dahulu sebelum menaiki keretapi.
8.30 malam - Kita telah berada di stesen keretapi.
9.24 malam - 23 orang akan menaiki keretapi ke KL Central
11.14 malam - 2 orang akan menaiki keretapi ke JB Central
6 Jun 2011 ( Isnin )
7.55 pagi - 23 orang akan tiba di KL Central
9.52pagi - 2 orang akan tiba di JB Cental
BERSURAI
Barangan yang perlu dibawa:
1. Pakaian untuk 3hari 2 malam
2. Lampu suluh
3. Pinggan plastic
4. Cawan plastic
5. Ubat persendirian
6. Baju sejuk
7. Tuala
8. Ubat gigi/berus gigi
9. Selipar ketika di Kem Baha
10. Stokin
11. Bag pack ( yang kecil )
12. Botol air
13. Coklat untuk tenaga
wow....dis is what is going to happen through my journey to see the beautiful god creation.....hehehhe..anyway i am going to start the journey with my beloved buddy, Nurul izzati..hehehe..may allah bless our journey and make it easy for us to go through it...as i noe, gunung stong has the highest waterfall in asia and has the beautiful nature it self...ermmm it takes quite a number of days to prepare myself physically and mentally before departing dis long journey...insyaallah...everything will go on as plan and we may have the a safe journey.....huhuhuhu......may allah bless us......
2 comments:
insyaallah..tq soo much... =)
MAKCIK!!!! hahahaha
Post a Comment